kedaihitamputih

..

Monday, August 8, 2011

dvd Freedom Film Fest 2006

dvd Freedom Film Fest 2006

Terbitan: KOMAS

Harga: RM 15

Kandungan:

1. “ The Invisible Children” by Hariati Azizan

- Di Malaysia, terdapat kira 9000 kanak-kanak pelarian yang hidup terumbang-ambing dalam masyarakat kita. Dinafikan hak menerima pendidikan, persekolahan mereka di peringkat komuniti sering dilanda masalah infrastruktur dan mutu pengajaran yang lemah.


2. “Rainy Days” by Rajan Paramesran

-Seorang penoreh getah kecundang dek sebuah proses perundangan yang melarat, dalam usahanya menuntut gaji yang dihutang kepadanya. Sesungguhnya, keadilan yang ditunda penghakimannya, dinafikan pertahanannya


3. “Kopi O Khau Sikit Kurang Manis” by Andrew Sia

- Apakah kisahnya, Polis Diraja Malaysia? Sebuah dokumentari hip-hop mengenai insiden ketuk ketampi dan tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan rekod pencegahan jenayah yang mengecewakan. Bagaimanakah caranya untuk menyuntik integriti demi bergelar perkhidmatan yang mesra, cepat dan betul?


4. “Twelve 11” by Loh Yin San & Claudia Theophilus

- Mendalami misteri di sebalik sebuah tragedi yang mengorbankan 48 nyawa dan menggegarkan negara. Twelve 11 mempersoalkan kehilangan nyawa dan harta benda dalam kejadian ini, dan bagaimana sistem undang-undang telah menggagalkan penerimaan keadilan oleh pihak mangsa.

No comments:

Post a Comment