kedaihitamputih

..

Thursday, November 10, 2011

Buku: Aku Bangsa Malaysia. Cerita-Cerita Foto Anti-Diskriminasi


Buku: Aku Bangsa Malaysia. Cerita-Cerita Foto Anti-Diskriminasi
Penerbit: KOMAS
Harga: RM 10
Muka surat: 34 halaman

Buku cerita beserta gambar ini adalah satu penggunaan visual yang penting untuk membuka ruang kepada perbincangan yang ikhlas dan terbuka antara rakyat Malaysia dari aspek-aspek positif anti-diskriminasi. Kami berharap agar buku ini dapat meningkatkan kesedaran rakyat dari berbagai latar belakang untuk lebih fokus dalam soal integrasi sosial dan perpaduan, bukannya berprangsangka atau berat sebelah dalam memberi justifikasi terhadap isu perkauman.
Buku “Aku Bangsa Malaysia” ini diharap dapat menjadi penghubung yang akan membawa masyarakat ke arah penyatuan dan kebersamaan. Ia di harap dapat mengingatkan kita kembali bahawa menjadi rakyat Malaysia bermakna kita boleh menerima satu sama lain seadanya dan berani untuk melangkaui sempadan konvensional bangsa, agama serta budaya.

No comments:

Post a Comment