kedaihitamputih

..

Sunday, December 29, 2013

Buku: HAMBA

Buku: HAMBA

Penulis: Akiya


Terbitan: COAC


Harga: RM 20


Halaman: 282 muka surat

Sinopsis:


Orang Asli sangat sinonim dengan hamba. Dunia perhambaan penuh dengan perasaan tidak puas hati.
Khianat. Dendam dan air mata tidak akan menjadi penawar segala duka. Mereka dilayan secara tidak berperi kemanusian, diancam, diburu, dibunuh seperti anjing tiada bercawat ekornya.


Hamba ialah abdi, orang bawahan, orang suruhan. Hamba ialah orang yang dimiliki oleh orang lain dan terpaksa berkerja untuk pemiliknya. Hamba ialah sebuah novel yang mendekatkan kita untuk menyelami penderitaan hidup sebagai hamba yang dimiliki oleh tuannya.


Sejarah perhambaan diawal kurun ke 19 di Tanah Melayu.Sejarah hitam. Sejarah pahit dan getir bagi kaum Orang Asli di negeri Perak.Sejarah yang tercicir dari arus perdana.Mengapa mereka harus diperlakukan sedemikan rupa? Jawapan ada dalam novel Hamba.

No comments:

Post a Comment